INSAN TAQWA

SELAMAT DATANG DI BLOG SAYA,INSAN TAQWA ,ADALAH MANUSIA YANG SELALU MELAKSANAKAN AJARAN ALLAH DAN ROSULNYA,PENGUMUMAN BAGI SIAPA SAJA YANG KESULITAN MENGHITUNG HARTA WARIS,TLP.081310999109/081284172971/0215977184 DENGAN BAPAK WAHDAN.SAG

Rabu, 22 Desember 2010

RIWAYAT HIDUP AL-FARABI




RIWAYAT HIDUP AL-FARABI

Nama asal Al-Farabi ialah Abu Nasr Muhammad bin Muhammad Tarkhan Al-Uzdag. Beliau dilahirkan di Wasij, iaitu di wilayah Transosiana,di negara Turkestan. Beliau dikatakan lahir pada tahun 257 H bersamaan 870 Masihi, pada zaman pemerintahan kerajaan samaniah.

Al-Farabi dikatakan berketurunan Turki, bapanya berketurunan Persia manakala ibunya pula berketurunan Turki. Pada zaman pemerintahan kerajaan Samaniyah, bapa Al-Farabi bekerja sebagai seorang pegawai tentera kerajaan manakala perkerjaan ibunya tidak diketahui dengan jelas.

Al-Farabi dikatakan mendapat pendidikan awal dari guru-guru persendirian, sama ada beliau pergi belajar di rumah guru berkenaan ataupun beliau belajar secara formal di masjid-masjid yang terdapat di Wasij., seterusnya beliau dikatakan dibesarkan semasa pemerintahan Nasir Ibnu Ahmad.

Al-Farabi tidak seperti beberapa tokoh atau sarjana muslim yang lain, ini kerana beliau tidak menulis mengenai riwayat hidupnya sendiri berbanding dengan tokoh yang lain yang membuat biografi tentang kehidupan mereka. Keduanya Al-Farabi dikatakan memiliki atau mempunyai daya akal yang tinggi sejak dari kecil lagi, ini kerana dalam usia muda lagi beliau telah belajar dan mampu belajar berbagai-bagai ilmu.

Al-Farabi juga dikatakan dapat menguasai beberapa bahasa asing, antaranya bahasa Syria, Arab, Greek, dan beberapa bahasa lagi sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa Al-Farabi berasal dari wasij dan keluarga berketurunan Turki, penguasaan ini tidak akan dicapai tanpa keinginan yang tinggi.

Al-Farabi juga menguasai pelbagai bidang dalam ilmu keagamaan, antaranya ilmu Nahu, Tafsir, Hadis, Fiqh, dan sebagainya, selain itu beliau juga mahir dalam pelbagai cabang-cabang falsafah, ilmu lingkungan, ilmu militer dan ilmu muzik, walaupun Al-Farabi mahir dalam pelbagai bidang tetapi beliau lebih tertarik ataupun lebih memberikan perhatiannya pada bidang falsafah dan logik

Al-Farabi juga lebih dikenali sebagai guru kedua, beliau dikenali sebegitu selepas Aristotle sebagai guru pertama, ini kerana beliau sentiasa mengkaji buku-buku yang dihasilkan oleh Aristotle, mahupun mengkaji mengenai diri Aristotle. Al-Farabi dikatakan mempunyai ramai guru-guru, tetapi yang utama ataupun yang lebih diberikan perhatian dan masyhur ialah Ibn Hailan dan Matta ibn Yunus, kedua-dua guru beliau ini mahir di dalam bidang logik dan falsafah.

Pada tahun 287 Hijrah bersamaan 900 Masihi merupakan pengembaraan pertama Al-Farabi ke negara luar iaitu Baghdad bersama gurunya yang tidak asing lagi ialah Ibnu Hailan. Kedatangan Al-Farabi ke Baghdad bersama gurunya adalah untuk mempelajari logik dan mendalaminya.

Seterusnya pada tahun 298 Hijrah bersamaan 908 Masihi, beliau telah meninggalkan Baghdad bersama gurunya untuk ke Harran seterusnya meneruskan perjalanan ke Konstentinople, beliau ke sana untuk mempelajari falsafah dengan mendalam yang mana gurunya iaitu Ibnu Hailan bertindak sebagai penyelia beliau dalam pembelajaran tersebut.

Manakala pada tahun 297 Hijrah bersaman 910 Masihi, beliau telah kembali ke Baghdad semula. Kembalinya beliau ke Baghdad adalah untuk belajar, mengajar, mengkaji buku-buku yang di tulis oleh Aristotle dan menulis karya-karya. Pada tahun 330 Hijrah bersama 942 Masihi, Al-Farabi telah berpindah ke Damsyik iaitu satu daerah di negara Syria akibat kekacauan dan ketidakstabilan politik yang berlaku di Baghdad.

Manakala pada tahun 332 Hijrah bersamaan 944 Masihi Al-Farabi dikatakan telah pergi ke Mesir, tetapi tidak diketahui tujuan, mengapa dan kegiatan beliau di sana, tapi menurut Abi Usaibiyah yang mana merupakan seorang ahli sejarah, mengatakan Al-Farabi telah mengarang sebuah karya mengenai politik ketika berada di Mesir iaitu sekitar tahun 337 Hijrah.

Seterusnya pada tahun 338 Hijrah bersamaan 949 Masihi Al-Farabi telah kembali semula ke Damsyik, sekembalinya ke sana adalah untuk menghabiskan sisa-sisa hidupnya sebagai seorang cendiakawan di sebuah istana di Aleppo semasa pemerintahan Syria baru iaitu seorang putera Handaniyah bergelar Saf Al-Daulah, yang tertarik dengan kebijaksanaan dan kepandaian beliau. Serta kehidupannya sebagai seorang ahli sufi.

Di dalam bulan Rajab 339 Hijrah bersamaan 950 Masihi, Al-Farabi telah meninggal dunia di damsyik, semasa beliau berumur 80 tahun. Beliau telah dikebumikan di sana, iaitu di sebuah perkuburan di bahagian luar pintu selatan atau pintu sampingan kota tersebut. Saf al-daulah sendiri yang mengetuai para pembesar negeri bagi menyembahyangkan jenazah Al-Farabi, seorang cendikiawan yang terulung dan termasyhur di kalangan para sarjana dan tetamu di istana Saf Al-Daulah.

FALSAFAH AL-FARABI

Al-Farabi mendifinisikan falsafah adalah suatu ilmu yang menyelidiki hakikat sebenarnya dari segala yang ada ini .Al-Farabi berjaya meletakkan dasar-dasar falsafah kedalam ajaran islam dia juga berpendapat bahawa tidak ada pertentangan antara falsafah Plato dengan Aristotle sebab kelihatan berlainan pemikirannya tetapi hakikatnya mereka bersatu dalam tujuannya

Memahami falsafah pemikiran Al-Farabi di atas seolah-olah falsafahnya adalah percampuran dari falsafah Aristotle dan Plato. Dalam masalah alam, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Plato bahawa alam ini baru, yang terjadi dari tidak ada (sama dengan pendapat Al-kindi). Idea Plato tentang alam pula mirip kepada suatu pengertian alam akhirat dalam dunia Islam. Persoalan tentang terjadinya alam semesta bagaimana hubungan pencipta ( khaliq ) dengan makhluknya, Al-Farabi setuju atas teori emanasi Neo Platonisme (sebagaimana pendapat Al-Kindi), lebih jauh Al-Farabi memperinci lagi teori emanasi dengan istilah nama Nadzariyatul Faidhl, dengan pemikiran dan huraiannya sendiri. Pola pemikirannya dalam dalam bidang mantik dan fizikal, Al-Farabi sependapat dengan pemikiran Aristotle, dalam bidang etika dan politik, ia sependapat dengan Plato dan persoalan metafizika ia sependapat dengan Plotinus.

FALSAFAH POLITIK AL-FARABI

Al-Farabi berpendapat bahawa ilmu politik adalah ilmu yang meneliti berbagai bentuk tindakan, cara hidup, watak di posisi positif dan akhlak. Semua tindakan dapat di teliti mengenai tujuannya, dan apa yang membuat manusia dapat melakukan seperti itu dan bagaimana yang mengatur memelihara tindakan dengan cara yang baik dapat di teliti

Kebahagiaan manusia di peroleh kerana perbuatan atau tindakan dan cara hidup yang dijalankan lebih lanjut Al-Farabi berpendapat bahawa kebahagiaan hakiki (sebenar) tidak mungkin dapat di peroleh sekarang (di dunia ini), tetapi sesudah kehidupan sekarang iaitu akhirat namun sekarang ini juga ada kebahagiaan yang nisbi seperti kehormatan, kekayaan dan kesenangan yang dapat nampak dan di jadikan pedoman hidup. Kebahagiaan sejati sentiasa dengan suatu tindakan-tindakan yang mulia, kebajikan?kebajikan dan keutamaan-keutamaan maka untuk menuju ke arah itu terwujud melalui kepimpinan yang tegak dan benar. Kepimpinan tumbuh dari keahlian dan pembawaan manusia. Hal ini dapat mengarahkan manusia dalam menegakkan nilai-nilai utama dan tindakan?tindakan yang bakal memelihara sebagai kemantapan keahlian dapat disebut pemerintahan dan raja. Adapun politik adalah bentuk operasional dari keahlian tersebut.

Al-Farabi menyatakan bahawa masalah dalam politik dapat di bahagikan kepada dua iaitu:

pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan-tindakan yang sedar, cara hidup. Dasar ini dapat dijadikan upaya untuk memperoleh kebahagiaan, pemerintahan atas dasar demikian di sebut pemerintahan utama, dimana sebagai ciri kota-kota dan bangsa-bangsanya tunduk terhadap pemerintahan

Pemerintahan atas dasar penegakan terhadap tindakan ?tindakan dan watak-watak dalam rangka mencapai sesuatu yang dianggap mendapat suatu kebahagiaan, maka muncul beraneka ragam bentuk pemerintah, apabila yang di kejar kejayaan semata dapat dianggap sebagai pemerintah yang rendah, jika mengejar kehormatan, dan pemerintahan bergantung kepada apa yang menjadi tujuannya.

Sedangkan di pandang dari kemampuan suatu pemerintahan, ilmu politik terbahagi menjadi dua iaitu:

kemampuan dalam melahirkan peraturan ? peraturan yang bersifat universal kemampuan yang di sebabkan oleh adanya ketekunan dalam aktiviti politik,dengan harapan boleh menjadi kebijaksanaan

Sebagai ringkasan tentang pemerintahan adalah bahawa ia dapat menjadi baik, jika ada teoritis dan praktis bagi pengelolaannya

FALSAFAH METAFIZIK AL-FARABI

Persoalan-persoalan falsafah telah di bahas oleh failasof sebelumnya, baik dari Yunani, Parsi atau yang lainnya, meskipun pemecahan yang dilakukan mereka saling berlawanan. Al-Farabi dalam usaha memecahkan persoalan tersebut tidak terlepas dari perbahasan-perbahasan yang dilakukan oleh mereka itu diantara persoalan itu adalah Esa dan Terbilang

Filosofi Yunani membahaskan persoalan ini berlandaskan pada filsafat fizika semata-mata sedangkan aliran Iskandariyyah (Neo Platonisme) dan Falsafah islam dengan persoalan ini dipindahkan kepada landasan?landasan agama meskipun dua aliran terakhir ini caranya sama namun tujuannya sangat berbeza. Aliran Islam Iskandariyyah dan falsafah Islam bertujuan membentuk susunan alam yang dapat mempertemukan hasil-hasil pemikiran dengan ketentuan-ketentuan agama. Keadaan ini iaitu soal esa dan terbilang menjadi dasar utama bagi tegakan falsafah keseluruhan.

Perbahasan metafizik ini berkisar pada masalah Tuhan, wujudnya atau kehendaknya.

Ilmu ketuhanan

Al-Farabi membahagikan ilmu Ketuhanan menjadi tiga iaitu :

1) Membahas semua wujud dan hal-hal yang terjadi padanya sebagai wujud

2) Membahas prinsip-prinsip burhan dalam ilmu-ilmu teori juz?iyyat (particular) iaitu ilmu yang berdiri sendiri kerana penelitiannya tentang wujud sesuatu seperti ilmu mantik, matematik atau ilmu juz?iyyat lainnya

3) Membahas semua wujud yang tidak berupa benda?benda ataupun berada dalam benda-benda itu. Kemudian terlebih dahulu di bahas apakah wujud serupa itu ada atau tidak, kemudian dibuktikan dengan burhan bahawa wujud serupa itu ada . Apakah wujud serupa itu sedikit atau banyak . Apakah wujud serupa itu sedikit ataupun banyak .Apakah wujud serupa itu berketerbatasan atau tidak kemudian dibuktikan dengan burhan bahawa berketerbatasan .kemudian di periksa lagi apakah martabat wujud itu tunggal ataupun banyak dengan sebahagian lebih tinggi dari yang lainnya, dan di tunjukkan dengan burhan bahawa martabat wujud itu banyak dengan sebahagian lebih tinggi dari yang lain dalam kesempurnaan melalui burhan ,martabat-martabat itu meningkat dari yang paling rendah hingga yang paling sempurna ,dimana tidak ada yang lebih sempurna dari padanya dan secara turutan bahawa tidak ada sesuatu yang menyamai tingkat wujudnya ,dan tidak ada yang menyaingi dan menandingi .peningkatan ini sampai kepada tingkat yang pertama yang sebelumnya tidak ada yang pertama .ia yang terdahulu yang tidak mungkin ada yang mendahuluinya .wujudnya itu tidak disebabkan oleh sesuatu yang lain .maka Allah adalah yang pertama dan yang terdahulu secara mutlak .sedang adanya wujud yang lain adalah di sebabkan adanya wujud yang pertama itu.

Ilmu ini juga membuktikan adanya kepalsuan pendapat yang menyatakan bahawa Tuhan Yang Maha Agung dalam karya-karyanya kemasukan segi-segi kekurangan baik pada dirinya mahupun yang di ciptakannya .kemudian di singgahnya pendapat itu dengan dalil-dalil burhani yang menghasilkan pengetahuan yang pasti (Al-Ilmu Yaqin) yang tidak seorangpun akan bimbang dan ragu kepadanya .

Wujud

Al-Farabi membahagikan wujud kepada dua bahagian iaitu:

Wujud yang mungkin atau wujud yang nyata kerana laiannya seperti wujud cahaya yang tidak akan ada, kalau sekiranya tidak ada matahari. Cahaya itu sendiri menurut tabiatnya boleh untuk wujud dan boleh untuk tidak wujud dengan kata lain cahaya adalah wujud yang mungkin kerana wujud matahari maka cahaya itu menjadi wujud yang nyata kerana matahari. Wujud yang mungkin itu menjadi bukti adanya sebab yang pertama kerana segala yang mungkin harus berakhir kepada sesuatu wujud yang nyata dan yang pertama kali ada.

Wujud nyata dengan sendirinya. Wujud ini adalah wujud yang tabiatnya itu sendiri menghendaki wujudnya iaitu wujud yang di perkirakan tidak ada, maka akan timbul kemusyrikan, kalau itu tidak ada, maka yang lain pun tidak akan ada sama sekali, ia adalah sebab pertama bagi semua wujud yang ada dan wujud yang wajib ada inilah Tuhan.

Sifat-Sifat Tuhan

Tuhan adalah tunggal ia tidak berbeza dari zatnya, tuhan merupakan akal (fikiran) murni, kerana yang menghalang sesuatu untuk menjadi objek pemikiran adalah benda, maka sesuatu itu berada apabila wujud sesuatu tidak memerlukan benda, maka sesuatu itu benar-benar akal.

Demikian juga zatnya menjadi objek pemikiran tuhan sendiri (ma?qul), kerana yang menghalang untuk menjadi objek pemikiran adalah benda pula, jadi ia adalah objek pemikiran, kerana ia adalah akal fikiran, ia tidak memerlukan sesuatu yang lain untuk memikirkan zatnya sendiri, tetapi cukup dengan zatnya sendiri itu pula untuk menjadi objek pemikiran .dengan demikian zat tuhan yang satu itu juga akal fikiran ,zat yang berfikir dan zat yang di fikirkan atau ia menjadi aqal .?aqil dan ma?qul

Tuhan adalah zat Maha Mengetahui (?alim) ia tanpa memerlukan sesuatu yang lain untuk dapat mengetahui, demikian pula Tuhan untuk dapat mengetahui, demikian pula tuhan untuk dapat di ketahui oleh zatnya sendiri (menjadi objek ilmunya) juga memerlukan sesuatu yang mengetahuinya, jadi Tuhan cukup dengan zatnya sendiri untuk mengetahui dan di ketahui ilmu Tuhan terhadap dirinya tidak lain hanyalah zatnya itu sendiri pula . Dengan demikian, ilmu dan zat yang mempunyai ilmu adalah satu, atau ia adalah ilmu yang mengetahui dan menjadi objek ilmunya (al-ilmu ,al-?alim, alma?lum)

Kerana tuhan agung dan sempurna, maka ia mencintai dan merindukan zatnya sendiri. Dengan demikian, maka tuhan itu adalah zat yang merindukan pula(as asyiq dan al ma?syuk)

Dari huraian di atas nampaklah bahawa Al-Farabi berusaha keras dalam menunjukkan keesaan tuhan dan ketunggalannya dan bahawa sifat-sifatnya tidak lain adalah zatnya sendiri

Adapun asma?ul husna yang ada dalam al-Quran, kita dapat menyebut nama-nama itu sebanyak yang kita kehendaki akan tetapi kesemuanya itu hanya menunjukkan macam ?macam hubungan tuhan dengan dengan makhluk dari segi keagungannya . nama nama ini tidak menunjukkan adanya bahagian-bahagian atau perbezaan yang ada pada zatnya.

Tidak ada komentar: